Laporan media Berita Harian, Sabtu 15 Feb 2014, menonjolkan ciri-ciri Skim GALAXY TRIO yang mirip dengan ciri-ciri skim piramid.
Salah satu ciri Galaxy Trio yang menonjol adalah ianya tidak memerlukan anggotanya untuk menjual barang. Galaxy Trio tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual.
Anggota Galaxy Trio diberi ganjaran berdasarkan jumlah anggota baru yang berjaya ditarik untuk menyertai skim rujukan atau `referral’ syarikat tersebut. Ciri ini juga begitu mirip ciri piramid.
Skim piramid adalah HARAM di sisi undang-undang di Singapura dan di banyak lagi negara lain.
Sesetengah negara Islam juga telah mengeluarkan FATWA yang MENGHARAMKAN skim piramid ini (Contohnya, Malaysia, Mesir dan Arab Saudi).
Ust Dr Zaharuddin, seorang pakar kewangan Islam, juga telah banyak menulis dan berseminar untuk menjelaskan kenapa SKIM PIRAMID itu HARAM dalam Islam.
Sumber: Mohd Khair, Berita Harian Singapura