Osman Sulaiman: Teguran Erwin Shah Tulus, Kehidupan Umat Islam Di Singapura Perlu Dipertingkat

Erwin nak pegi Malaysia kerana Islam, tapi kena slam. Ada yg lemparkan kata2 sinis. Ada yg dah dekat skali dgn fitnah kononnya Erwin tu nak pegi Malaysia kerana career.

Dia nak ke negara jiran kerana Islam pun kena kritik. Apa ni? Korang ingat sini byk senang ke nak jalankan tugas sebagai orang Muslim? Apa salah ke nak pegi tempat yg menyenangkan diri untuk mempraktikkan agama sendiri?

Kalau korang nak defend Singapura, konon2nya sini pun tak susah nak jalankan tanggung jawab sebagai orang Islam, meh sini saya bagitau sikit.

1. Tandas shopping centre kebanyakkan nya tiada paip air untuk beristinjak. Yg ada tissue. Senang tak?

2 Sembahyang jumaat kadang2 majikan tak kasi pergi. Kalau kasi pun, lincah2 kita kena balik. Senang tak?

3. Yg pakai tudung, tidak dibenarkan berkerja di dalam uniform group. Yg nak cari kerja, kadang tak dapat kerana pakai tudung. Senang tak?

4. Contractor2 melayu islam, tidak dibenarkan ke kawasan2 tertentu di dalam tentera walaupun hanya bertugas. Senang tak?

5. Tempat mushollah walaupun sudah semakin byk, tetap berkurangan. Nak sembahyang, kadang kena pergi jauh sikit. Senang tak?

6. Nak sembahyang bila dah sampai waktu, brani tak agak2 nak ckp pada majikan kita nak time off dari kerja untuk menunaikan solat? Senang tak?

Jadi kalau dia nak pergi ke negara jiran kerana dia fikir ia akan menyenangkan dirinya untuk menunaikan ibadah, yg kita sibuk2 nak slam dia asal? Cubalah beri semangat sikit untuk dia. Jgn pula kita berprasangka buruk terhadap sesuatu yg baik.

Saya tak marah. Cakap2 aja. Selamat Hari Raya. Kalau tersilap kata, mohon maaf.

 

Source: Osman Sulaiman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *