Penduduk Singapura boleh menjangkakan cuaca hujan bagi dua minggu terakhir bulan ini, malah hujan yang lebih lebat daripada biasa.
Demikian menurut Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (16 Nov).
Hujan beserta guruh dan lebat pada kebanyakan waktu, diramalkan pada sebelah petang dan malam antara enam dengan lapan hari dalam tempoh dua minggu akan datang.
Hujan guruh beserta angin kencang juga boleh dijangkakan antara sebelum subuh dengan awal pagi pada satu atau dua hari.
Suhu maksimum harian pada kebanyakan hari diramalkan sekitar 32°C or 33°C.
Pada hari hujan, malam yang lebih sejuk boleh dijangkakan, dengan suhu minimum antara 22°C and 23°C.
Pada dua minggu pertama bulan ini, hujan lebat beserta guruh di Singapura dibawa oleh angin kencang Sumatera dari arah Selat Melaka.
Hujan paling lebat dicatatkan pada 14 November dengan 128 milimeter hujan di Pulau Semakau.
Dalam tempoh dua minggu itu, ukuran hujan tertinggi dicatat di kawasan Clementi iaitu 258.4 milimeter. Jumlah itu 87 peratus melebihi purata.
Purata suhu adalah serendah 21.9°C dan setinggi 34.4°C pada separuh pertama bulan November.
Source: Berita MediaCorp