Idham Ahmad: Sudah Masanya MUIS Dan AVA Timbangkan Ceburi Bidang Agrotech Untuk Tangani Masalah Penjejasan Sumber Bekal Daging Halal

Salam .Tadi saya terbaca laporan 121 ekor kambing mati dalam perjalanan dari Ireland ke Singapura. Ini bukanlah jumlah yang kecil seperti yang selalunya, Hal ini amat menyedihkan.

Soalan yang timbul di fikiran saya adalah KENAPA HARUS JKMS MENCARI SUMBER KAMBING YANG AMAT JAUH SEKALI HINGGA KE EROPAH ?

Saya difahamkan bahawa sepanjang tahun lalu , pegawai-pegawai JKMS telah dihantar ke Australia , Kanada dan Ireland untuk mencari sumber binatang yang akan diterbangkan ke Singapura. Jauhnya perjalanan dari Eropah ke Singapura dalam kandang amat membebankan dan memberi tekanan stress pada kambing-kambing itu. Maka , tidak menghairankan jika 121 ekor telah mati dalam perjalanan.
Ibadah korban adalah sesuatu yang amat sensitif di kalangan masyarakat Muslim di sini. Ianya suatu ibadah yang telah dijalankan dengan secara tradisional sejak turun-temurun. Tindakan Australia untuk mengenakan sistem piawaian Exporter Supply Chain Assurance System (ESCAS) pada kesemua negara yang ingin mengekspot binatang dari negara tersebut telah menjejas sumber kambing-kambing di Nusantara. Mahu tidak mahu , negara-negara seperti Malaysia, Indonesia , Brunei dan Singapura terpaksa akur dengan sistem piawaian ini. Singapura juga terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani dengan OIE.

Diwaktu sebuah krisis ketandusan sumber kambing, Pak Abdul Hakeem Mohd Ismail dan saya telah mengusulkan sebuah saranan pada pihak MUIS . Mungkin sudah tiba masanya MUIS mengambil langkah proaktif mengatasi masalah ini dengan menceburi sendiri bidang agro-tech. Dengan sokongan individu yang pada ketika menceburi bidang agrofeed dan beberapa tenaga pakar Australia dan pihak AVA Singapura, kami mengusulkan agar pihak MUIS membina sebuah ladang ternakan lembu dan kambing di salah sebuah pulau di Kepulauan Riau Indonesia. Apatah lagi , pihak AVA sudahpun memberi kerjasama dalam membina sebuah ladang ternakan khinzir di Pulau Boelan , Indonesia. Dari survey yang telah kami jalanlan , pihak pemerintah Republik Indonesia juga amat berminat dalam proyek ini. Ianya dilihat sebagai sebuah sinergi yang bagus sekali. Indonesia mempunyai tanah dan Singapura pula mempunyai kepakaran untuk membina ladang ternakan taraf antarabangsa sesuai piawaian ESCAS dan OEI.

Ladang Ternakan tersebut juga akan dibangunkan sebuah abbatoir atau tempat penyembelihan halal . Selain dari menjadi sumber haiwan korban ke seluruh Nusantara , ladang ini juga akan berupaya untuk menambah supply daging fresh yang halallan thoyibban ke Singapura bahkan ke seluruh Nusantara.

AVA akan dapat sebuah tempat untuk melatih pelajar-pelajarnya secara praktikal. Singapore Poly, NTU dan NUS akan dapat tempat untuk melatih pelajar-pelajarnya. Indonesia akan dapat tenaga kepakaran dan menaik taraf ladang-ladang yang sedia ada di seluruh Indonesia. Singapura akan menjadi pengekport daging halalan thoyyiban unggul.

Malangnya usulan itu tidak kesampaian atas sebab-sebab yang kurang disenangi,

Mungkin pihak pemerintah Singapura dan yang berwenang di MUIS boleh menimbangkan kembali usulan kami itu .

Saya senantiasa menanti lamaran berunding walaupun dah beberapa kali terhantuk di pintu Islamic Hub …

 

Source: Idham Ahmad

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *