Sufiah Yusuf: Kisah Hidup Genius Cilik Malaysia

Namanya menjadi sebutan dunia apabila lulus dalam peperiksaan matematik A-Level dan diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Selepas tiga tahun di Oxford, Sufiah Yusuf mengejutkan dunia apabila dia menjadi buruan polis selepas melarikan diri dari universiti berkenaan, dipercayai akibat tertekan ekoran masalah keluarganya.

Bermula pada tahun 2000 beliau hilang dari universiti, operasi pencarian meluas di seluruh UK sehingga ditemui bekerja sebagai pelayan di kafe internet.

Pada 2008, dunia digemparkan dengan berita Sufiah menjadi pekerja seks pada usia 23 tahun dengan menjual tubuh di Britain dengan nama samaran Shilpa Lee.

Tragedi yang melanda gadis genius itu dibongkar oleh wartawan News of the World yang menyamar sebagai pelanggan, di flat murah yang didiaminya di belakang lorong di Salford, Manchester.

Sufiah dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu, untuk menyara hidupnya yang terumbang-ambing, tidak lama selepas bercerai dengan suaminya, Jonathan Marshall, seorang pelajar jurusan undang-undang yang dikenalinya di Oxford.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Yusof Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Selepas menyepi dengan hidup berpindah randah di UK, Sufiah muncul buat pertama kali di media dalam tempoh hampir tujuh tahun selepas bersetuju ditemubual oleh wartawan TV3, Halizah Hashim di sebuah hotel di Liverpool.

Dalam temubual eksklusif yang disiarkan dalam program Nona pada petang Ahad, Sufiah mengimbas semula episod hitam yang diakuinya membuat dirinya lebih cekal dan tabah.

Sufiah mengaku hubungan dengan keluarganya sudah lama renggang dan menyifatkan keadaan itu adalah lebih baik pada masa ini.

“Saya harap mereka tenang dalam kehidupan yang harmoni. Saya percaya mereka juga mengharapkan perkara yang sama terhadap saya,” katanya yang mengaku lebih tenang untuk tinggal bersama rakannya.

Ibu Sufiah, Halimahton berasal dari Muar, Johor manakala bapanya, Yusof berasal dari Pakistan.

Sufiah yang kini berusia 30 tahun bagaimanapun berkata, dia tidak kesal dengan cara dia dibesarkan oleh keluarganya dan memilih untuk lagi mahu menyalahkan sesiapa.

Ditebak dengan soalan mengenai kisah hitamnya sebagai pekerja seks, Sufiah mengakui ia adalah pengalaman yang benar-benar mematangkanya sebagai manusia.

Sufiah berkata, dia melakukannya selama bebebera bulan dan berhenti selepas diburu media Britain.

Diugut dan diganggu oleh media adalah pengalaman yang menakutkan. Aksinya dirakamkan secara rahsia oleh wartawan Britain yang menyamar sebagai pelanggan.

Gambar Sufiah sebagai pekerja seks kemudiannya dipamerkan muka-muka hadapan tabloid-tabloid Britain.

“Mereka cuba memberi saya dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil. Walaupun anda tidak bersetuju dengan pekerjaan saya tetapi cara itu adalah tidak adil sama sekali.

“Ketika saya menjadi buruan media, ia adalah satu keadaan yang tidak masuk akal. Setiap hari saya menerima pebagai emel berbentuk ugutan. Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan saya yang masih remaja ketika itu.

“Malah masyarakat di sana menganggap mereka berhak menceroboh kehidupan saya. Saat itu saya cukup tertekan terutama cara sesetengah media yang ingin mendapatkan kisah saya. Mengugut untuk saya ditemuramah dan ia pengalaman yang cukup menakutkan,” katanya tenang.

Namun, Sufiah mengakui, kisah hitam itu membawa kebaikan untuk dirinya menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana.

“Walaupun pada mulanya ia memberi tekanan yang cukup hebat, saya bersyukur kerana akhirnya dapat mempunyai kekuatan untuk menghadapinya,” ujarnya lagi.

Sufiah berkata, sebenarnya bukan dirinya sahaja, tetapi ramai lagi indiviu yang diperhatikan, laporan perubatan mereka diakses, alamat mereka dicari, diugut akan dirakam secara rahsia.

Situasi begini cukup menekan, tetapi saya dapat mengatasinya dengan baik,” tambah Sufiah.

Menurut Sufiah, selepas pendedahan media itu, hidupnya menjadi porak-peranda. Dia menyembuyikan diri dengan berpindah beberapa kali dan tidak mahu bertemu dengan sesiapa.

Diajukan soalan kenapa baru kali ini dia bersetuju untuk sekal lagi berdepan dengan media selepas tujuh tahun menghilang, Sufiah berkata, dia sudah benar-benar bersedia untuk bercerita.

“Mungkin saya telah lama tidak bercakap dengan media dan tentunya saya mahukan laporan berita yang lebih baik. Jadi saya ingin berkongsi semula kisah dengan media.

“Ini tidak bermakna kisah yang dikongsi itu menarik minat masyarkat, tetapi ada sesetengahnya yang ingin tahu dan bersimpati dengan kisah saya walaupun mereka tidak mengenali saya. Saya sangat-sangat menghargainya,” jelas Sufiah.

Pada akhir temubual itu, Sufiah bercakap mengenai siapa dirinya pada hari ini.

“Saya tidak lagi berkebolehan atau pintar, saya tiada wang, tiada tempat tinggal, saya sedang mencari kerja sambilan dan saya tiada ijazah. Saya hanya wanita berusia 30 tahun yang membosankan,” katanya.

Sufiah masih merahsiakan di mana dia tainggal, tidak memberitahu di univiersiti mana dia belajar sekarang dan enggan mendedahkan di mana dia bekerja sambilan.

Apa yang pasti, cilik genius matematik yang menjadi kebanggaan negara kini sudah dewasa dan matang.

Kegagalan dan episod hitam telah mendewasakan dan membuat Sufiah lebih cekal dalam melayari bahtera kehidupan yang cukup mencabar.

 

Source: http://newmalaysianpost.com

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *