Anda Kenal Nur Sarah Syafiqah Binte Shahrizal? Sila Bantu Pihak Polis

Pihak polis meminta orang ramai supaya tampil ke hadapan untuk memberi maklumat tentang lokasi remaja berusia 13 tahun, Nur Sarah Syafiqah Binte Shahrizal.

Kali terakhir Nur Sarah Syafiqah dilihat adalah di Blok 12A Marsiling Lane sekitar 6.45 pagi pada 7 Oktober 2016.

Pada ketika itu, Nur Sarah Syafiqah memakai jersi berwarna merah dan seluar pendek berwarna biru.

Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian Hotline Polis 1800-255-0000 atau secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *