Suami Isteri Ini Anjur ‘Homestay’ Tanpa Bayaran, Sebarkan Budaya Melayu Kepada Pelancong

Sepasang suami isteri di Singapura memperkenalkan sebuah konsep inap desa atau ‘homestay’ yang tujuan mendedahkan budaya masyarakat Melayu/Islam kepada pelancong asing. Sehingga kini, Benko Student Homestay itu, yang sudah tujuh tahun beroperasi, berjaya menarik 130 peserta. Namun yang menariknya, program inap desa ini tidak mencari keuntungan dari para pelancong.

Idea untuk menawarkan program inap desa kepada pelajar asing tercetus ketika Cik Azrahayu Ahmad Afandi dan suami, Nicolas Benko, berbulan madu di Scotland. Mereka ketika itu tinggal dengan sebuah keluarga Melayu/Scotland berasal dari Singapura. Layanan mesra tuan rumah itu mendorong pasangan suami isteri ini untuk membuka Benko Student Homestay di Singapura. Tahun ini, mereka sekeluarga berkongsi cara hidup masyarakat Islam sempena Ramadan dan Syawal bersama pelancong dari Argentina dan Filipina.

Menariknya, Cik Azra dan suami tidak mengenakan sebarang bayaran bagi para pelancong yang menumpang di rumah mereka. Sebaliknya Cik Azra hanya mahukan pelancong yang menginap di rumahnya supaya berkongsi satu kepakaran atau mengajar sesuatu kepada beliau dan keluarganya Bagi para pelajar asing pula, mereka membuat bayaran nominal untuk tempoh tinggal sekurang-kurangnya enam bulan. Khas sempena Hari Raya Aidilfitri ini, tetamu Cik Azra juga mempelajari cara membuat kuih-muih tradisional Melayu, selain bergaya dengan baju raya.

 

Source: Berita Mediacorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *