Titik Peluh Kerja Keras Raih Ijazah Kepujian Kelas Pertama

10454130_670567453032671_2252606552136977180_o

Foto JOHARI RAHMAT, Berita Harian SG

Foto JOHARI RAHMAT, Berita Harian SG

LIMA anak Melayu/Islam tampil sebagai antara lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS) cemerlang.

Masing-masing menerima hasil titik peluh mereka selama empat tahun dalam bentuk segulung ijazah kepujian kelas pertama di majlis konvokesyen NUS tahun ini.

Encik Faizal Abdul Aziz, 26 tahun; Encik Syed Ali Abdullah Aljunied, 26 tahun; Encik Afzal Ali, 25 tahun; Encik Afdhaluddin AB Rahman, 25 tahun; serta Cik Nurul Azizah Johari, 23 tahun – lulus dengan kepujian dalam pelbagai jurusan – ilmu alam, sains komputer, undang-undang, ekonomi, bahasa Inggeris dan sains hayat.

Encik Afzal misalnya menerima ijazah sarjana muda undang-undang dengan kepujian kelas pertama. Beliau juga turut meraih ijazah sarjana undang-undang daripada Universiti New York. Encik Faizal pula, bekas pelajar madrasah, menjadi antara 1 peratus pelajar terbaik kohortnya dan menjadi penyampai ucapan perpisahan (valedictory speech) majlis konvokesyennya. Majlis konvokesyen sembilan hari itu meraikan pencapaian 10,233 lulusan – 6,341 yang menerima ijazah sarjana muda dan 3,892 menerima ijazah sarjana.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-85 Fakulti Seni dan Sains Sosial (FASS), Pergigian dan Sains NUS, dan ulang tahun ke-10 Sekolah Lee Kuan Yew bagi Dasar Awam. Presiden Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, yang juga Canselor NUS, merasmikan majlis konvokesyen utama NUS tahun ini yang bermula kelmarin. Menteri Pendidikan, Encik Heng Swee Keat, turut menghadiri majlis konvokesyen itu.

Semasa berucap, Presiden NUS, Profesor Tan Chorh Chuan, menyentuh tentang isu ketidakpuasan hati dan menggalak para lulusan mengubahnya menjadi idea konkrit dan tindakan bagi perubahan positif.

“Ia bukan mudah, tetapi jika kita boleh melakukannya, kita boleh menyumbang untuk mencapai perkara lebih baik baik di tempat kerja atau dalam masyarakat yang lebih luas. Kita juga mungkin akan berjaya mengubah tenaga emosi yang berpotensi menjadi negatif menjadi tenaga positif yang mencakupi kepercayaan dan sikap optimis bagi hari muka – sesuatu yang kukuh bagi membuat sumbangan berbaloi,” kata beliau.

Sumber: http://beritaharian.sg/premium/setempat/5-anak-melayu-cemerlang-raih-kelas-pertama#sthash.s0DkMBd9.dpuf

letters to R1C banner

YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

WEBSITE: rilek1corner.com

EMAIL: [email protected]

FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *